berhenti kerja di pejabat

Tular kisah ibu dua orang anak di China apabila mampu membeli rumah selepas berhenti kerja di pejabat.

Ibu dikenali sebagai Liu Xiaoli merupakan graduan universiti dan pernah bekerja sebagai pekerja pentadbiran sebuah pejabat di Henan.

Berhenti Kerja Di Pejabat Dan Jadi Tukang Cuci, Tapi Dapat Beli Dua Buah Rumah

Menurutnya, kerjaya tersebut tidak menghasilkan pendapatan lumayan buat dirinya. Ibu itu akhirnya membuat keputusan untuk menukar pekerjaan sebagai tukang cuci kerana memerlukan lebih banyak wang untuk digunakan anak ke sekolah.

IKLAN

“Anak saya mula bersekolah dan ibu bapa saya semakin tua. Saya memerlukan lebih banyak wang. Selepas menjadi tukang cuci, saya takut untuk memberitahu ibu bapa saya dan tidak mahu mereka dimalukan,” ujar Liu.

Berhenti Kerja Pejabat Dan Jadi Tukang Cuci, Pengorbanan Ibu Untuk Anak Masuk Sekolah

IKLAN

Liu pada mulanya menyembunyikan pekerjaan tetapi selepas setahun dia akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya.

Sokongan ibu bapa membuatkan wanita tersebut semakin semangat untuk berkerja dan menjadi tukang cuci profesional. Hasil titik peluh Liu, dia akhirnya berjaya membeli dua rumah dan kereta.

IKLAN

Berhenti Kerja Pejabat Dan Jadi Tukang Cuci, Pengorbanan Ibu Untuk Anak Masuk Sekolah

Kisah Liu berjaya menarik perhatian warganet dan video memaparkan dirinya membersihkan rumah mendapat lima juta tontonan.

Selain itu:  Tanpa Mekap Pun Maya Karin Tetap Nampak Cantik, Ini Rutin Hariannya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI