Bukan senang sebenarnya perjalanan untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan.

Tanpa kesabaran dan disiplin yang tinggi, pasti usaha diet akan gagal ataupun hanya separuh jalan dek godaan di sekeliling kita.

Bagi wanita ini, Bonda Amnaamisyaamniannur yang juga sahabat Diet Suku-Suku Separuh berjaya menghilang 20 kg dalam masa setengah tahun dan hasilnya memang menggembirakan.

Menurutnya sebab utama untuk turunkan berat badan adalah disebabkan ada mengalami penyakit gerd, kasihan pada orang yang menjaga ketika dirinya tak sihat selain mahu mulakan gaya hidup lebih sihat.

Tidak menggunakan sebarang produk sebaliknya mengikut panduan diet suku-suku separuh yang disaran oleh KKM.

Gambar sebelum.

MY WEIGHTLOSS JOURNEY

IKLAN

Bismillah, ringkasan
Start Dis 2020 w:70++kg
Puasa 2021  w: 52kg (perlu naikkan atas saranan)
Raya 2021 w: 53kg (fasa maintain)
Tinggi: 161cm
Umur:39
Sebab turunkan berat : sakit gerd, anxiety, panic attack( kesian kat orang yang jaga masa sakit) dan nak mulakan healthy lifestyle  ( kekadang kelaut jua )

Cara:
– Diet suku2 separuh ( saranan kkm) 
– Kira kalori (app My Fitness Pal)
– Makan semua, tapi jaga portion ( sederhana ) ( MAKAN NASI )
– Air masak ikut berat badan n berapa aktif korang pada hari itu, akak 2 liter, kalau 65kg keatas tu elok 3 liter lah
– Air manis masih minum, tapi kurangkan, kalau biasa minum 1 mug, kurang jadi suku mug.
– Untuk yang sakit gerd anxiety macam akak, akak sarankan makan sedikit-sedikit tapi kerap, 2 atau 3 jam sekali kena makan, setakat ini akak sihat 80% dari penyakit ni.

Ni contoh apa yg akak makan masa sarapan, nak makan nasi goreng n mee goreng n nasi lemak pun boleh sebenarnya, tapi akak nak bagi cepat sikit hilang kat perut ini.

Exercise : 
– Abs workout
– Running (MAF) lari sambil jaga jantung.
– Weight training
– HIIT ( Sekarang fokus weight training n hIIT)       
– Running seminggu 1 atau 2 kali, kalau fokus running je kurus kering la jawabnya ), ada yang tanya, akak tak zumba ke?, akak minat, tapi akak ni jenis pemalu sikit )

Diet ni kena chill2 je, tak mahu stress2, bila rasa nak diet, terus je mulakan, tak yah tangguh, macam akak dulu, bangun dari sakit, terus akak start diet dan exercise, bila kelaut, jangan terlalu lama, kembali semula ke pantai , yang penting MAKAN NASI, 

IKLAN
Untuk menguji kekuatan mental n fizikal akak suka buat wall sit ni..

Kat sini akak nak sarankan korang join la group diet suku2 separuh (DSSS), banyak boleh dipelajari kat situ dan kat situ pun ada coach-coach yang bertauliah yang boleh membantu.

Doakan akak juga untuk istiqomah dalam meneruskan gaya hidup yang sihat.
Apa pun yang kita buat, berdoa lah, hanya ALLAH swt sahaja tempat kita bergantung sebenarnya.

Gambar selepas.

Tq admin

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Hilang 12KG Dalam 79 Hari, Wanita Ini Kongsi Menu Sihat Diet ‘Intermittent Fasting’

Turun 6 KG Lepas Seminggu Puasa, Ini Menu Diet Diamalkan Waktu Berbuka & Sahur

Buat Hanya Suka-Suka Tapi Hasilnya Memang Wow. Gadis Ini Kongsi 5 Tip Diet Mudah Berjaya Lenyapkan 44 Kg!