Setiap wanita pasti inginkan tubuh badan kekal langsing. Pelbagai cara cuba dilakukan agar dapat memiliki berat idaman.

Seperti perkongsian wanita ini Anis Suhailah di laman twitter yang berjaya turunkan berat badan 20 kg dalam tempoh enam bulan.

Sebelum itu berat badannya 63 kg dan kini sudah 43 kg hanya dengan mengurangkan makanan atau minuman manis dan tidak lepas daripada melakukan senaman.

Menurut Anis dalam artikel dalam satu portal, dia hanya mengambil gula dalam kuantiti yang terhad.

“Untuk bulan pertama sehingga bulan ketiga, saya buat cara puasa gula atau orang kata detoks gula. Gula di sini bermaksud excessive amount of gula.

Badan kita masih perlukan gula untuk tenaga. Saya just amalkan pengambilan gula dalam kuantiti yang terhad kerana badan kita memerlukan gula untuk sumber tenaga,” katanya.

IKLAN

Dia juga menasihatkan untuk mengelakkan gula yang berlebihan seperti di dalam air gas, air cordial dan kopi susu.

“Gula bukan je dalam minuman dan makanan manis, tapi gula ni sebenarnya wujud juga dalam sumber karbohidrat yang lain contoh macam nasi, mee, roti dan sebagainya.

“So saya just cut gula dari makanan dan minuman manis (white sugar, brown sugar etc) tapi dalam masa yang sama masih makan nasi cuma saya amalkan suku-suku separuh,” katanya.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia juga elakkan makanan bergaram dan bergoreng serta merajinkan diri memasak sendiri di rumah bagi membawa bekalan ke pejabat.

“So saya memang tak turun café/kantin langsung. Lepas tiga bulan, baru saya belajar calorie deficit. Masa ni dah ambik makanan dan minuman bergula tapi dalam kuantiti yang sangat terhad. Bila makan kat luar je saya ambik, tapi bila kat rumah, saya masak sendiri.

“Untuk ganti gula, saya amalkan minum air tembikai (my fav fruit) so dari sana saya dpt sumber dari natural sugar. Makanan pun saya ganti sama ada madu (setitik dua) drpd guna gula untuk bagi ada rasa manis sikit. Depends la masakan apa,” katanya yang memberitahu memulakan aktiviti senaman larian selepas turun 10 kg.

IKLAN

Jadi bagi mereka yang berniat untuk turun berat badan cara sihat, boleh ikut panduan diberikan Anis.

Artikel Berkaitan:

Berat Pernah Cecah 100 KG, Nurul Zahid Dedah Buat Kaedah ‘Potong Usus’ Demi Kesihatan

Rupanya Ini Senarai 29 Stok Makanan Diet ‘Eat Clean’ Wajib Ada, Kalau Nak Cepat Turun Berat Badan Cara Sihat

Putus Cinta Jadi Motivasi Gadis Ini Turunkan Berat Badan. Berjaya Kurus Dalam Masa 6 Bulan!