ubat kurus

Ada yang masih amalkan makan ubat kurus dalam gaya kehidupan semata-mata nak pakai saiz baju idaman raya nanti?

Haaa… sebelum ambil prouduk pelik-pelik yang anda target boleh turunkan kilo, jemput baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini ya. Hadam sampai jernih, demi kesihatan yang baik.

Ubat Kurus Bahaya, Tak Perlu Cuci Usus Dengan Produk Pun

KENAPA UBAT KURUS BAHAYA?

Dalam produk untuk kuruskan berat badan ini, dua bahan utama yang biasa ada adalah:

1. Sibutramine
2. Phentermin
Dua bahan ini akan dan boleh menyebabkan:
1. Selera makan menurun
2. Menghalang penyerapan lemak
3. Meningkatkan metabolisma badan
4. Mengubah fungsi otak untuk hilangkan selera makan

Selain itu, bahan lain yang kerap dicampur bersama adalah laxative atau nama lain adalah julap.

IKLAN

Bahan ini akan membuatkan seseorang membuang air besar dengan jayanya dan asyik nak membuang.

Penggunaan bahan bahan inilah yang membahayakan kesihatan dan nyawa apabila kadar dos yang tinggi dan tidak terkawal serta tidak dipantau oleh sesiapa.
Simptom terlebih dos atau tersalah dos adalah:

1. Mual/loya
2. Berdebar debar
3. Tekanan darah menjadi rendah sangat/tinggi
4. Sentiasa gelisah/ tidak senang duduk
5. Sesak nafas
6. Sakit dada
7. Masalah/gangguan tidur (terlebih/terkurang)
8. Kerap kencing/buang air besar
9. Bibir / kulit menjadi kering

Ramai anggap bila ada simptom simptom ini adalah normal kerana mereka beranggapan itulah proses yang berlaku kononnya ubat tengah berfungsi/berkerja.

IKLAN

Lama lama organ dalam menjadi rosak dan mati.
Usus pecah akibat terlebih berkerja.
Buah pinggang rosak sebab tak dapat nak tapis lagi.
Fungsi hati menjadi gagal akibat terlebih dos.
Garam galian/ elektrolik dalam badan menjadi tidak seimbang.

Semua ini adalah komplikasi akibat dari ubat/produk kurus. Anda memang akan kurus tetapi organ anda sekali akan rosak.

Selain itu:  Buat Sambil Duduk, Doktor Ini Ajar Hilangkan 'Period Cramp' Waktu Datang Haid

Sedih dan kecewa bila tengok pesakit datang dengan komplikasi. Segalanya sudah terlambat bila organ dalam dah rosak.

Sama ada perlukan cuci darah atau perlukan rawatan berterusan dan yang paling sedih adalah kematian.

IKLAN

Usus kita tak perlu dicuci dengan produk pun. Cukup sekadar minum air kosong dengan cukup, makan cukup serat dan bersenam.

Allah cipta elok dah. Sama juga berat badan. Jaga makan dengan betul, bersenam, minum air dan rehat dengan baik.

Masalah orang kita adalah semua nak laju bak peluru pandu. Entahlah nak ke mana tu laju laju.

Sabar.
Semua perlukan proses yang betul.
Tak perlu short cut.

Sayangi organ dan kesihatan anda. Semua ni Allah bagi kita pinjam sahaja.
Jadi jagalah sebaiknya.

Kepada penjual, hati-hati kerana jangan kerana anda mahu kaya raya, habis kesihatan pembeli. Juallah benda yang tidak merosakkan kesihatan orang.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI