Setiap kali tiba bulan pastinya kita menyediakan keperluan bahan mentah yang banyak hingga penuh stok dalam peti sejuk.

Bagi memudahkan urusan memasak, selalunya kita akan keluarkan bahan mentah ini lebih awal bagi mengelak kelewatan dalam menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.

Namun begitu, sebelum memasak, kena pastikan bahan mentah tadi diurus dengan cara paling selamat untuk elak terhindar dari bakteria yang boleh memudharatkan ahli keluarga.

Perkara paling utama perlu ditekankan adalah elak daripada menyiang ikan dengan meletakkan terus dalam sinki.

Artikel Lain: Masuk Hospital Lepas Makan Puding Buih. Doktor Jelaskan Penyediaan Bahan Mentah Tak Sempurna!

Begitu juga ketika meletakkan ayam atau daging di luar, jangan letak terlalu lama sementara menunggu ianya cair.

Amalan ini perlu dilakukan bagi mengelak kuman dan bakteria yang berda di kawasa sinki seperti yang dikongsi oleh Public Health Malaysia.

Tak Perlu Defrost Lama Daging & Ayam Di Sinki, Risiko Keracunan. Ini Cara Betul Dikongsi KKM!

IKLAN

Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi… dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak.

Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.

Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.

Tak Perlu Defrost Lama Daging & Ayam Di Sinki, Risiko Keracunan. Ini Cara Betul Dikongsi KKM!

Artikel Lain: Bahaya Virus Kawasaki Boleh Effect Jantung. Kenal Pasti Simptom Selain Ruam Yang Teruk!

IKLAN

Ini pula cara defrost ayam dan daging yang disyorkan. Kaedah ini dikatakan lebih selamat.

Elakkan:

– Letak untuk cairkan di luar seharian

– Rendam dalam air panas

– Masak dalam slow cooker

IKLAN

Apa perlu dibuat:

– Hanya letakkan di bahagian bawah peti sejuk (bahagian yang bukan dingin beku)

– Rendan dalam air pili bersih

– Gunakan fungi defrost ketuhar gelombang mikro

– Guna periuk tekanan tinggi

Tak Perlu Defrost Lama Daging & Ayam Di Sinki, Risiko Keracunan. Ini Cara Betul Dikongsi KKM!

Artikel Lain: Elak Makan Pedas, Doktor Kongsi Tip Hilangkan Rasa Sakit Ulu Hati Ketika Berpuasa

Selain itu:  Senaman Bersungguh, Tapi Hasilnya Tetap Sama. Ini Perlu Anda Lakukan Untuk Kesan Berganda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI