Semalam viral apabila dikatakan pasangan usahawan Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina dikatakan dalam proses menubuhkan klinik estetik sendiri.

Warganet mula mempertikai  dengan mengatakan sama ada boleh atau tidak mereka membuka klinik itu sedangkan kedua-duanya tidak memiliki latar belakang perubatan mahupun estetik.

Walau bagaimanpun perkara ini kemudian dijelaskan oleh seorang pengguna twitter menggunakan akaun @drfame8fry menjawab persoalan ini.

IKLAN

Nak Buka Klinik Estetik Boleh, Tapi Kena Ada Etika & Patuh Undang-Undang. Ini Rupanya Syarat Diperlukan!

IKLAN

Sekiranya berlaku apa-apa penyalahan dari segi ILMU sebenar perubatan estetik, ia adalah satu perkara yang salah. Bahkan lagi diuruskan oleh seorang yang tiada latar belakang bidang perubatan. Berkenaan dengan undang-undang itu aku tak berapa  pandai.

Tapi sekiranya ada pnggunaan atau PRESKRIPSI ubat2an/dadah yang digunakan dalam klinik ini, ini ye benar melanggar undang-undang akta racun/ubat2an (mgkin boleh check balik). Ubat-ubatan terkawal hanya boleh di-preskripsi-kan oleh seorang doktor perubatan bertauliah.

Berkenaan dengan penggunaan mesin estetik yang digunakan itu terpulang kepada mereka, asalkan ada cop SIRIM dan pandai guna (ada SIJIL BENGKEL ESTETIK) dah cukup rasanya.

Untuk scrub, tak spesifik untuk OT di hospital/klinik. Kini sapa-sapa pun bebas pakai. Bahkan ada je butik kosmetik yang staff pakai whitecoat mcm CLINIQUE. Pakaian tak jadi isu tapi praktis tu mungkin boleh dipersoalkan sekiranya disalahguna. Or pakai scrub/whitecoat untuk disalahgunakan seperti tujuan menipu.

Nak Buka Klinik Estetik Boleh, Tapi Kena Ada Etika & Patuh Undang-Undang. Ini Rupanya Syarat Diperlukan!
Gambar sekadar hiasan.

Jadi terpulanglah kepada bisnesman kat luar sana yang nak ceburi bidang estetik. Tapi biarlah ada etika dan dipatuhi undang-undang yang ada.

Contoh doktor perubatan yang ada Aesthetic Clinic adalah @hannanmedispa & PRESTIGE MEDISPA.

FYI, Prestige Medispa ni my medical colleague. True medical background.

Tak promote pun cuma tahu 2 nama medispa itu saja.

Nak kulit muka atau badan yang lebih selamat dan cantik, carilah Aesthetic Clinic yang dikepalai oleh golongan2 DOKTOR PERUBATAN YG BERTAULIAH.

So kalau aesthetic clinic ini adanya golongan doktor perubatan bertauliah yang pantau operasi, its okay and legit and safer.

Artikel Berkaitan:

IKLAN
Selain itu:  "Check Dulu Syringe... " Ini Pesan Dr Izzar Buat Penerima Vaksin, Elak Disuntik Picagari Kosong!

Pembedahan Pintasan Perut Bukan Sekadar Untuk Kurus, Tapi Pulihkan Kesihatan Elak Penyakit Kronik

Guna ‘Acne Patch’, Cara Mudah Hilangkan Jerawat Biasa Atau Bernanah Dalam Masa 3 Hari Je

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI