Pasti ramai tertanya-tanya apa itu RVS yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak  dan orang dewasa jika lambat mendapatkan rawatan.

Apa itu jangkitan pernafasan RSV? :- Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa. Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.

Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau mana-mana yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat rendah (imunocompromised).

Apa risiko jangkitan pernafasan RSV?

RSV adalah penyebab bronkiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru) dan radang paru-paru bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada satu tahun di Amerika Syarikat.

Ia juga merupakan penyebab utama masalah pernafasan pada individu dewasa yang lebih berusia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Simptom

Apa simptom jangkitan pernafasan RSV?

Simptom ringan akan dialami adalah termasuk:

IKLAN
  • Batuk
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Demam, biasanya pada permulaan penyakit

Bayi mungkin mempunyai tanda dan simptom tambahan, termasuk:

  • Hilang minta pada persekitaran
  • Ketidakseimbangan dan rasa mengantuk
  • Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik
  • Kurang selera makan
  • Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea

Sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan pernafasan RSV.

Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronkiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya.

Selain itu:  KKM Ingatkan Mesej Jalan Pintas Dapat Vaksin Covid-19 Palsu, Minta Orang Ramai Sabar Tunggu Giliran

Tanda dan simptom komplikasi ini termasuk:

  • Kesukaran bernafas, yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa
  • Berdehit
  • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk
  • Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.

Apa punca jangkitan pernafasan RSV?

IKLAN

Virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung atau mulut.

Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit – seperti batuk – disedut atau disalur kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan.

Virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan mainan.

Individu dijangkiti merupakan mereka berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas menerima jangkitan.

Walau bagaimanapun, virus jangkitan pernafasan RSV mungkin tersebar selama beberapa minggu selepas permulaan jangkitan.

Dalam pada itu, seorang ibu berkongsi kisah anaknya yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti sindrom RVS ini.

24 june 2022 Friday ..

IKLAN

Hari yang sangat-sangat bersejarah untuk saya sebagai seorang mama. The day yang bagi saya pukulan yg sangat hebat. Saya  hampir-hampir kehilangan anak lelaki saya berumur 2 bulan.  Eusof di kejarkan d Klinik Luyang regarding nafas laju 90 kli per’ minit dan drop oxygen 81%

Lambat 5 minit lagi, saya memang kehilangan dia untuk selamanya. 6 hari sebelumnya Eusof batuk selesma tanpa demam, pergi Hospital Likas yang dibagi paracetamol & nasal drop & suction untuk sedut kahak. Back home macam biasa.

Tapi sepanjang di rumah Eusof memang nonstop batuk, crying , tdur pun di badan. Saya anggap tu sakit biasa. Yalah sekarangkan  musim anak-anak sakit. Bertahan sampai 6 hari sampailah hari bsejarah ni. It was my fault sebab tak  ikut naluri hati. I should go earlier , masa dia batuk kuat sampai macam mahu terkeluar  kerongkong dia .

Selain itu:  Jangan Pandang Ringan Gejala Trypanophobia, Yang Panik Serius Boleh Sebabkan Pengsan

JUMAAT PAGI,  We ran to klinik luyang regarding nafas dia , batuk dia . Smpai di Luyang lepas saja dia orang kira nafas dia  & check oxygen. Terus blari masuk bilik penilaian dari belakang. Dia orang suruh buka baju, tinggal oksigen dan pasang oksigen.  Eusof time tu tambah stress. Dengan batuk  dengan tangisan dengan tak selesanya dia kena pakai oxygen . Pokoknya time tu situasi sangat tegang. Di sanalah doktor cakap, thanks god mama .. 5 minutes late then we are done .

Eusof struggle ambil darah buat xray. Result keluar Jangkitan kuman di paru-paru , admit wad masuk HWKKS . D sana kena ambil darah. Tangan Eusof tak ada ada rupa sudah sebab ambil darah nak detect virus apa serang dia. End the result is , Eusof di jangkiti VIRUS RSV.

VIRUS RSV ni virus yang myebabkan anak berhingus, berkahak , batuk yang kuat . Virus yang menghasilkan kahak yang banyak , bila berkumpul dia akan menutupi saluran pernafasan dan  paru-paru. Bila lambat kena treat boleh menyebabkan kematian.

VIRUS RSV SANGAT-SANGAT JAHAT KUMAN DIA . Eusof sepanjang dalam wad, dia tak cukup ambil darah, kena buat suction setiap 2 jam. Suction sedut kahak hingus, sakit jiwa say asebagai seorang mama tengok situasi begitu. Tapi kena kuat, berjuanglah selagi mamp. Jangan tinggal sedikit pun sisa. Pengalaman sepanjang di sana baby umur 1 tahun & 8 bulan, terpaksa ditidurkan sebab virus RSV ni. Sebab anak-anak tu tak dapat tampung sudah.

Alhamdulillah we survive . We did it. VIRUS RSV bukan penyakit yang boleh dipandang remeh

Sumber:- Hello Doktor dan FB S Nurul Ain

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI