Ada banyak kombinasi susu dan buah dalam menu viral, salah satunya koktail buah. Namun ada sesetengah orang yang seolah-olah tidak berani untuk mencuba menu ini dek risau akan mendatangkan kemudratan pada kesihatan.

Adakah info ini tepat? Sebenarnya anda patut ambil tahu tentang kebaikan menu susu dan buah daripada sumber yang tepat kerana jika anda hanya tahu dari mulut-mulut orang dan sampaikan dari mulut ke mulut, tanpa disedari anda telah menyebarkan informasi yang salah.

Kebaikan Kombinasi Susu Dan Buah, Hentikan Fitnah Makanan Berkhasiat!

Kebaikan Kombinasi Susu Dan Buah, Hentikan Fitnah Makanan Berkhasiat!

Menerusi portal Public Health Malaysia, kombinasi antara susu dan buah tiada masalah jika anda tiada alahan kepada susu. Jadi tak ada masalah pun kalau anda nak makan susu dan buah sebagai pemanis mulut. Untuk lebih jelas, baca perkongsian ini.

Pisang + Susu

Kebaikan Kombinasi Susu Dan Buah, Hentikan Fitnah Makanan Berkhasiat!

IKLAN

Kombinasi pisang dan susu memang biasa di lakukan. Ia sedap dan berfungsi sebagai boster nutrisi.

Gabungan ini juga membantu penghadaman, memberi tenaga segera dan membantu untuk pertumbuhan otot Mungkin ada yang mempunyai masalah alahan atau lactose intolerance tidak boleh mengambil susu, tetapi ia bukan bermakna kombinasi ini dilarang sama sekali.

IKLAN

Pisang+ Tembikai

Kebaikan Kombinasi Susu Dan Buah, Hentikan Fitnah Makanan Berkhasiat!

Pisang adalah sumber potasium, serat, dan pelbagai vitamin dan mineral yang baik, manakala tembikai tinggi kandungan air, vitamin C, dan likopena. Menggabungkan kedua-dua buah ini boleh memberikan pelbagai nutrien dan menawarkan makanan ringan yang menyegarkan dan lazat. Tiada kesan negatif jika dimakan bersama.

IKLAN

Pisang+ Kentang

Kebaikan Kombinasi Susu Dan Buah, Hentikan Fitnah Makanan Berkhasiat!

Kombinasi pisang dan kentang jarang dilakukan kerana kedua duanya mengenyangkan. Tetapi ia bukan masalah jika anda makan pisang dan kentang bersama. boleh sahaja makan kentang penyek bersama topping pisang dihiris.

Tiada kesan negatif. Diharapkan mana mana pengamal perubatan boleh menghentikan penyebaran infomasi palsu dan mengelirukan masyarakat. Henti fitnah buah dan makanan berkhasiat.

Selain itu:  Doktor Kongsi Tip Penting Agar Luka Cepat Sembuh. Lepas Lahir Anak Secara Pembedahan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI