Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka! Sebenarnya bukan saja pemakanan diambil yang boleh menyebabkan kenaikan berat. Tetapi ada faktor lain menyumbang ke arah berat naik mendadak seperti gaya hidup atau kadar metabolisme diri.

Tetapi jangan tak percaya rupanya ada satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40an dan 50an, seperti dilaporkan akhbat New York Post.

Artikel Lain: Kongsi 25 Menu Eat Clean Gerenti Sedap. Hasilnya Berat Turun Berkilo-Kilo Dalam Masa Sebulan!

Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut membabitkan 1654 wanita berkulit putih, hitam, China dan Jepun dengan medium usia 50 tahun.

Kajian Dedah Pencemaran Udara Sebabkan Berat Badan Naik

Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka!
Gambar sekadar hiasan.

Kajian ini dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.

IKLAN

“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halis lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata Pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik Epidemiologi di Universiti Michigan.

Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.

Artikel Lain: Setahun Jaga Makan, Baru Dapat Berat Ideal. Rahsianya, Diet Suku-Suku Separuh & Brisk Walk Tanpa Jemu!

IKLAN

Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.

Selain itu:  "Yang Senyap-Senyap Sebabkan Angka Naik" - Frontliner Kecewa Sikap Masyarakat & Ini Pesanannya Perlu Hadam

Kaum Wanita Kena Peka

Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka!

IKLAN

Walau bagaimanapun senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.

Sementara itu, Xin Wang berkata disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.

Sumber: Kosmo

Artikel Lain:Berat Turun Mendadak Lepas Buat Bariatrik. Penampilan Terbaru Alyah Makin Cantik & Langsing!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI