Setiap kali datang bulan puasa, memang banyak wujudnya bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan.

Oleh kerana naufsu makan agak lain macam berbanding bulan biasa menyebabkan kita juga terasa mahu membeli semua juadah dijual lebih-lebih jika dikatakan makanan viral.

Sebenarnya tidak salah untuk membeli ikut selera dan kemampuan masing-masing, tetapi ada beberapa perkara elok diperhatikan supaya anda tidak menjadi mangsa keracunan makanan.

Perkongsian Dr Erna Nadia memberitahu beberapa tip penting ketika membeli di bazar Ramadan untuk mengelak dari mengalami masalah ini yang juga boleh membawa maut.

Artikel Lain: Kekal Diet Di Bulan Puasa. Wanita Kongsi Menu Sihat Untuk Berbuka & Sahur!

Elak Jadi Mangsa. Doktor Kongsi Tip Beli Juadah Di Bazar Ramadan Elak Keracunan Makanan
Gambar sekadar hiasan

Tips Untuk Elakkan Keracunan Makanan:

1. Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

2. Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.

3. Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.

4. Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.

IKLAN

Elak Jadi Mangsa. Doktor Kongsi Tip Beli Juadah Di Bazar Ramadan Elak Keracunan Makanan

5. Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.

7. Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.

Artikel Lain: Elak Makan Pedas, Doktor Kongsi Tip Hilangkan Rasa Sakit Ulu Hati Ketika Berpuasa

IKLAN

Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ni sedap yang tu surr sana memikat selera situ bau buat rusuk eh perut bergetar. Macam macam.

Biasalah kan ni.

Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.

Ok saja nak membeli cuma berhati hati.

Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.

IKLAN

Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak.

Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok elok sebelum kita makan dan minum.

Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.

Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka dah la lapar, nanti jatuh sakit pula.

Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na

Dr. Erna Nadia
Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh

Elak Jadi Mangsa. Doktor Kongsi Tip Beli Juadah Di Bazar Ramadan Elak Keracunan Makanan

Artikel Lain: “Bangun Dari Sakit, Start Diet & Exercise’ – Kisah Diet Wanita Ini Beri Inspirasi