Kebanyakan dari kita jika sudah suka dengan sesuatu barang atau alatan sewaktu menyediakan hidangan akan digunakan sehingga betul-betul sudah rosak.

Selagi masih boleh digunakan alatan berkenaan walaupun sudah buruk, tetap akan digunakan kerana dikatakan penyedap masakan. Misalnya papan pemotong ayam/daging atau sayuran.

Tetapi sedarkan kita jika papan pemotong yang digunakan sudah berkulat, calar balar dan  berdaki itu sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak kehadiran bakteria.

Dikatakan kajian menunjukkan 1 cm  persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas!

Malah ia sebenarnya adalah antara sumber keracunan makanan yang boleh sebabkan anda mengalami masalah cirit birit dan sakit perut.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia memberitahu apa sebenarnya yang ada pada papan pemotong yang sudah berdaki dan berkulat ini terutama yang digunakan di kedai makan.

Papan Pemotong Daki & Berkulat Undang Bakteria

Lihatlah papan pemotong yang ada di rumah anda dan di kedai kedai makan.

IKLAN

Adakah ia telah calar balar, berdaki dan telah berkulat?

Sebenarnya, inilah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit birit dan sakit perut.

Kajian menunjukkan 1 cm  persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman ditempat duduk tandas!

Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!

IKLAN

Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah “lubuk” bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.

Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.

Contohnya selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.

Saranan

IKLAN

1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki

2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran/ buah.

Artikel Berkaitan:

Gigit & Jilat Punca Bibir Jadi Kering. Ini Tip & Produk Atasinya Elak Menggelupas Teruk!

Sedap Masakan Pakai Kuali ‘Legend’, Tapi Bahaya Untuk Kesihatan. Pakar Ini Dedah Sebabnya!

Faktor Kegemukan & Anxiety Disorder Boleh Cetus Sesak Nafas. Segera Ke Hospital Jika Jari Jadi Biru!